apa yang aku lakukan untuknya disaat dia masih boleh tersenyum....?
apa yang aku lakukan untuknya disaat dia terlantar berjuang melawan kesakitan...?
apa yang aku lakukan untuknya disaat dia terbujur kaku....?
tiada satu pun persoalan diatas dapat aku jawab......
kerana tiada apa yang aku lakukan untuknya....
penyesalan tiada hentinya...
kerana segalanya sudah terlambat.....
kini dia sudah tiada...
kata nasihat yang memberi bimbingan itu sayup kedengaran....
senyuman yg mampu menenangkan jiwa itu hanya tinggal kenangan...
sungguh....! diri ini terasa lemah...sukar sekali mencari kekuatan itu semula...
aku pasrah..aku redha...semua ini sudah tertulis...
linangan airmata hanya untuk diriku....
dan al-fatihah itu untuknya...
semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat....amin...
No comments:
Post a Comment